spacing.my logo

Rumah Terlalu Bising Untuk Buat Kerja? Jom ke CoWorking Space

Gangguan di rumah membuat kerja lambat siap? Tingkatkan fokus dan produktiviti anda di coworking space dengan internet laju, ruang selesa dan suasana kerja yang tenang.

·2 min read·by Spacing Admin

Saya yakin ramai dalam kalangan kita, boleh buat kerja dengan baik, berkualiti, dan boleh siap tepat pada masanya.

Kerja yang diberikan kadangkala boleh siap lebih awal daripada deadline yang diberikan.

Tapi perasan tak kenapa sesuatu task tu terasa lama untuk siap?

Bukan sebab kita malas.

Bukan sebab kita tak pandai urus masa.

Kadang-kadang, persekitaran kita sendiri yang membuatkan kerja jadi lambat siap.

Gangguan Kecil Yang Menghilangkan Fokus

Baru jaa buka laptop, tiba-tiba ada benda nak kena buat.

Baru jee nak masuk "focus mode", mesin basuh dah siap. Pergi sidai baju dulu.

Ouh lapar laa pula. Masak jap telur goreng, tanak nasi — dah bazir 30 minit.

Ada pula orang panggil dari ruang tamu.

Telefon berbunyi.

Nak rehat 5 minit, sekali terus scroll media sosial 20 minit.

Sedar-sedar dah petang, tapi kerja masih belum siap.

Kerja Yang Perlu 1 Jam Ambil Masa 1 Hari Untuk Siap

Tidak dinafikan masing-masing ada tanggungjawab di rumah.

Kadang-kadang kita cuma perlukan 1 jam sahaja menghadap laptop untuk siapkan kerja.

Lepas tu boleh sambung urus keluarga, keluar jumpa pelanggan, atau buat kerja lain seperti biasa.

Tapi 1 jam tersebut akan terasa lebih lama bila terlalu banyak gangguan.

Otak kita perlukan masa untuk masuk ke dalam keadaan fokus.

Bila fokus terganggu, kita perlu ambil masa lagi untuk "panaskan enjin" semula.

Sebab itu kerja yang sepatutnya siap dalam masa sejam, akhirnya makan masa satu hari.

Kenapa CoWorking Space Dapat Membantu Cepatkan Proses Siapkan Kerja Anda

Coworking space dicipta untuk memberikan suasana tenang dan membantu otak lebih fokus.

Apabila berada dalam persekitaran yang semua orang sedang bekerja, secara automatik kita juga lebih terdorong untuk kekal produktif.

Tiada bunyi televisyen.

Tiada kerja rumah yang perlu dibuat.

Tiada gangguan kecil yang mencuri perhatian.

Yang ada hanyalah laptop, internet laju, meja yang selesa dan masa untuk menyiapkan kerja.

Kadang-kadang, kita bukan perlukan lebih banyak masa.

Kita cuma perlukan tempat yang betul untuk bekerja.

Cuba luangkan beberapa jam di coworking space.

Anda mungkin terkejut apabila kerja yang selalu ambil masa sehari, sebenarnya boleh siap dalam masa beberapa jam sahaja.

Looking for a New Environment to Work?

Spacing is a collection of local coworking spaces with automated booking system.