Mencari Bilik Meeting Murah di Kajang Bermula RM150
Kalau anda mencari tempat untuk buat meeting atau disccussion dengan lebih produktif, memerlukan ruang tertutup, plug yang cukup dan internet stabil, boleh cuba Spacing CoWorking Space di Jade Hills, Kajang.
Ruang ini dibina sesuai untuk team kecil, freelancer, startup, discussion group ataupun presentation bersama client.
Antara kelebihan utama adalah ruang ini dibuka 24 jam, jadi anda boleh buat meeting seawal pagi sehingga lewat malam tanpa perlu rushing ikut waktu operasi biasa.
Kawasan Jade Hills juga mempunyai banyak pilihan kedai kopi dan makanan di sekitar lokasi. Selepas meeting, anda juga boleh berjalan santai di kawasan Origami Park yang terletak berhampiran.
Meeting Room di Spacing Jade Hills dilengkapi dengan:
- Aircond
- TV untuk presentation
- High-speed WiFi
- Free snacks & instant coffee
- Tempat duduk sehingga 8 orang
Anda juga boleh tempah ikut jam ataupun harian, jadi lebih fleksibel ikut keperluan team atau bajet semasa.
Untuk yang perlukan workspace selain meeting room, mereka juga ada hot desk dan coworking area yang boleh digunakan 24/7.