Ruang Produktif Untuk Kerja, Assignment & Networking di Kajang

Mencari tempat yang selesa dan tenang untuk buat kerja, siapkan assignment, atau adakan team meeting di Kajang

·2 min read·by Spacing Admin

Mencari tempat yang selesa dan tenang untuk buat kerja, siapkan assignment, atau adakan team meeting di Kajang? Spacing Jade Hills ialah coworking space yang direka khas untuk bantu anda jadi lebih fokus, produktif dan berhubung dengan komuniti profesional.

Buat Kerja & Siapkan Assignment Dengan Lebih Fokus

Nikmati suasana tenang dengan meja selesa, pencahayaan yang baik dan WiFi percuma berkelajuan tinggi. Sesuai untuk kerja individu, tugasan berkumpulan, online class atau deadline last minute.

Jika anda bosan bekerja dari rumah atau kafe yang bising, coworking space di Kajang seperti Spacing menawarkan suasana lebih kondusif.

Di Spacing Jade Hills, anda akan menikmati:

  • Meja kerja yang selesa & kemas
  • Pencahayaan yang baik untuk kerja jangka panjang
  • WiFi berkelajuan tinggi & stabil
  • Persekitaran tenang tanpa gangguan

Sesuai untuk:

  • Pelajar universiti & kolej sekitar Kajang & Bangi
  • Tugasan berkumpulan
  • Online class & meeting

Team Meeting & Perbincangan Idea

Perlu ruang untuk meeting, brainstorming atau perbincangan projek? Spacing Jade Hills menawarkan ruang yang sesuai untuk perbincangan profesional tanpa gangguan, menjadikan komunikasi lebih lancar dan efektif.

Sesuai untuk:

  • Small team & startup
  • Perbincangan projek klien
  • Sesi idea & perancangan kerja

Lebih selesa berbanding kafe, dan lebih fleksibel berbanding pejabat konvensional.

Bina Networking & Komuniti

Coworking space bukan sekadar tempat bekerja — ia juga ruang untuk bina networking.

Di Spacing Jade Hills, anda berpeluang bertemu:

  • Freelancer
  • Startup founder
  • Remote worker
  • Profesional tempatan sekitar Kajang, Bangi, Semenyih & Balakong

Ini membuka peluang untuk kolaborasi, perkongsian idea dan bina rangkaian kenalan baru dalam komuniti yang positif.

WiFi, Kopi & Jajan Percuma

Kami sediakan WiFi percuma, kopi dan snek ringan supaya anda kekal bertenaga sepanjang hari. Tak perlu keluar-masuk cari minum—lebih masa untuk fokus dan hasilkan kerja berkualiti.

Lokasi Strategik di Jade Hills, Kajang

Spacing Jade Hills terletak di kawasan yang:

  • Mudah diakses oleh penduduk Kajang, Bangi, Semenyih & Balakong
  • Tenang & jauh dari kesibukan bandar
  • Sesuai untuk kerja jangka panjang atau short session

Jika anda mencari coworking space berhampiran rumah di Kajang, ini adalah pilihan yang praktikal dan menjimatkan masa.

Looking for a New Environment to Work?

Spacing is a collection of local coworking spaces with automated booking system.